Dalam
teori-teori pendidikan moden, perbincangan lazim-nya tertumpu kepada persoalan bagaimanakah
manusia belajar. Pelbagai teori dikemukakan bagi menjelaskan proses
pembelajaran, termasuklah Teori Konstruktivisme yang menekankan pembinaan
pengetahuan melalui pengalaman, pemerhatian, interaksi dan refleksi.
Kependidikan
Islam matlamatnya ialah ke arah mereali-sasikan idea tujuan penciptaan manusia.
Inilah asas falsafah pendidikan Islam. Justeru matlamatnya ialah untuk
apakah manusia dididik.
Namun
Pendidikan Islam bermula dengan satu persoalan yang lebih asas: untuk apakah
manusia dididik?
Jawapan
kepada persoalan ini tidak ditentukan oleh teori pendidikan, tetapi oleh wahyu
Allah swt. Al-Quran telah menjawab persoalan ini sejak awal lagi: manusia
dididik untuk menjadi hamba Allah yang menunaikan amanah sebagai
khalifah di bumi.
Jawapan
ini yang menjadi asas menentukan falsafah pendidikan, matlamat kurikulum,
kaedah pengajaran, bentuk pentaksiran dan hasil akhir yang ingin dicapai.
Selagi
persoalan ini tidak dijawab, pendidikan akan kehilangan arah. Kaedah pengajaran
mungkin menjadi semakin baik, tetapi matlamat akhirnya tidak semestinya selaras
dengan kehendak Allah swt.
Oleh
itu, sebelum membincangkan model pedagogi, kita perlu kembali kepada dua ayat
al-Quran yang menjadi asas kepada falsafah Pendidikan Islam.
Falsafah Pendidikan Islam
Berteraskan Kekhalifahan
Asas pendidikan
Islam harus bermula dengan firman Allah: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi.
(al-Baqarah: 30)
Ayat ini
menjelaskan bahawa tujuan penciptaan manusia ialah memikul amanah sebagai
khalifah. Hakikat ini diperkukuhkan oleh firman Allah dalam:
·
al-An'am, 165,
·
al-A'raf, 69,
·
al-A'raf, 74,
·
an-Naml, 62.
Kelima-lima ayat ini membentuk satu kerangka yang
jelas:
·
manusia diciptakan sebagai khalifah;
·
manusia diberikan amanah yang
berbeza-beza;
·
manusia dituntut memakmurkan bumi;
·
manusia bertanggungjawab menyelesaikan
masalah kehidupan menurut petunjuk Allah.
Oleh itu, matlamat pendidikan Islam bukan sekadar melahirkan pelajar yang berpengetahuan, tetapi melahirkan insan yang mampu melaksanakan amanah kekhalifahan.
Model Pedagogi 6E Berteraskan Wahyu
Bagi mencapai matlamat tersebut,
model 5E dalam konstruktivisme boleh disesuaikan dengan menambah satu tahap
terakhir yang menjadi kemuncak pendidikan Islam.
E1 – Engage: Guru
membangkitkan persoalan, rasa ingin tahu dan kesedaran terhadap sesuatu isu.
E2 – Explore: Guru
membimbing murid meneroka ilmu melalui pemerhatian, perbincangan dan pencarian
maklumat.
E3 – Explain Guru
menjelaskan konsep berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ilmu yang sahih supaya
kefahaman murid bertambat kepada wahyu.
E4 – Elaborate: Guru
membimbing murid menghubungkan topik/konsep yang dipelajari dengan kehidupan
sebagai khalifah.
Setiap ilmu hendaklah dikaitkan dengan tanggungjawab
terhadap Allah, manusia dan alam.
E5 – Evaluate: Guru
menilai sejauh mana murid benar-benar memahami konsep serta mampu membuat
pertimbangan yang betul.
E6 – Execute: Inilah
tahap yang membezakan Pendidikan Islam dengan model konstruktivisme biasa.
ü Ilmu
tidak berhenti pada kefahaman.
ü Ilmu
diterjemahkan kepada amal.
ü Murid
melaksanakan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi.
Rantaian Pembelajaran
Murid
Selari dengan peranan guru, murid
pula berkembang melalui satu rantaian kemahiran.
Memerhati
↓
Bertanya
↓
Mentadabbur
↓
Beristinbat
↓
Berqiyas
↓
Membuat pertimbangan berasaskan wahyu
(latihan kepada pemikiran ijtihadi mengikut tahap murid)
↓
Beramal
Rantaian ini menunjukkan bahawa pembelajaran Islam
bukan sekadar memperoleh maklumat, tetapi membentuk cara berfikir dan akhirnya
cara hidup.
No comments:
Post a Comment