Friday, July 31, 2026

Menjadi guru bukan hanya satu pekerjaan. Ia adalah amanah kekhalifahan. Guru ialah pembina manusia. Melalui tangan seorang guru lahir doktor, jurutera, ulama, hakim, saintis, pemimpin, bahkan guru-guru yang lain. 

Tiada dua orang murid yang sama, kerana setiap seorang membawa potensi yang berbeza yang diamanahkan Allah. Tugas guru bukan sekadar mengajar sehingga murid lulus peperiksaan, tetapi membimbing mereka mengenal tujuan hidup, membina akhlak, mengembangkan potensi, dan akhirnya melahirkan insan yang mampu memikul amanah sebagai khalifah Allah di bumi. Itulah kemuliaan sebenar profesion perguruan. 

Wednesday, February 12, 2025

Antara punca kegagalan pendidikan kita ialah pemisahan antara kerohanian dari keduniaan. 

Kurikulum pendidikan itu kerohanian, cara hidup yang berpandukan kurikulumnya itu keduniaan. 

Misalnya, apabila seseorang guru mengajar ayat 2 al-Fatihah yang maksudnya Segala punji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, itu kerohaniannya, keduniaannya ialah ayat ini mengajar erti menjaga alam sekitar, lantaran Allah telah menyediakan alam ini untuk faedah manusia dan sekalian makhluk. 

Larangan merosakkan bumi ini disebut oleh ayat 74 al-Araf.

Jadi blog ini cuba mengajak para pendidik agar setiap kali mengajar jangan memisahkan kurikulum atau sukatan pelajarannya dari keduniaannya. Perkaitan antara kurikulum dengan keduniaan itu adalah idea konstruktivisme.

Ideologi Islam menyebut Islam tidak memisahkan kerohanian dari keduniaannya, tidak juga membuat batas pemisah yang jelas antara keduanya, atau memisahkan antara keduanya.

Jadi seseorang guru yang mengajar dalam konsepnya memisahkan antara kerohanian dari keduniaan boleh dilihat sebagai tidak sejajar dengan idea Ideologi Islam.

Menjadi guru bukan hanya satu pekerjaan. Ia adalah amanah kekhalifahan. Guru ialah pembina manusia. Melalui tangan seorang guru lahir doktor...